|
Pengenalan:
Asrama Penyayang Nur Iman merupakan sebuah rumah anak yatim yang
ditubuhkan pada awal 2004. Di mana rumah anak yatim ini adalah ditubuhkan
oleh Ustazah Sharimah Ali dan turut terdapat beberapa sukarelawan termasuk
suaminya En. Azman seorang peniaga di Gombak serta saudara-saudara yang
tinggal berdekatan asrama tersebut.
Rumah anak yatim ini adalah sangat memerlukan sokongan ramai yang mana
mempunyai hati yang perihatin terhadap anak-anak yatim yang tinggal di
Asrama Penyayang Nur Iman. Di mana mereka adalah amat memerlukan
pertolongan dan sokongan orang ramai. Mereka hanya tinggal di asrama yang
hanya merangkumi tiga buah rumah ( satu bilik untuk lelaki, perempuan,
surau, tempat belajar dan sebuah bangsal yang digunakan sebagai tempat
makan dan belajar). Dengan ruang yang begitu terhad mereka terpaksa
tinggal bersama 75 orang kanak-kanak. Mereka dikehendaki berkongsi semua
keperluan harian bersama.
Mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan sedangkan pada masa
yang sama mereka perlu menjelaskan perbelanjaan bulanan dan harian.
Sekurang-kurangnya mereka memerlukan kos perbelanjaan sekurang-kurangnya
RM10,000 sebulan. Antara kos-kos yang terlibat adalah melibatkan kos sewa
3 rumah yang berjumlah RM3700 dan pengangkutan untuk menghantar kanak-kanak ke sekolah, kos bil
air dan elektrik, perbelanjaan makan dan minum serta perbelanjaan harian.
Malah mereka juga terpaksa menghadapi masalah yang lebih besar kerana
terpaksa berpindah ke tempat yang lebih sesuai dan selesa atas arahan
Jabatan Kebajikan.
Oleh yang demikian, diharapkan pihak-pihak yang bersimpati dapat
menghulurkan bantuan sama ada dari segi jangka masa pendek dan panjang
kepada rumah anak-anak yatim ini.

home |